Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (tengah) meninjau rumah teres dua tingkat sempena pelancaran Taman Tunku Intan Safinaz (TTIS), Bandar Darul Aman hari ini. - Foto Bernama |
JITRA - Kelulusan dan pembinaan sebanyak 28,081 unit buah rumah sejak
Barisan Nasional (BN) memegang tampuk pemerintahan negeri ini daripada
pembangkang pada 2013, merupakan salah satu bukti kerajaan Barisan
Nasional mengotakan janji.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan negeri, menyasarkan pembinaan 40,000 buah rumah meliputi rumah mampu milik dan rumah kos rendah bagi tempoh 2013-2018, dan sehingga kini jumlah 28,081 unit yang dicapai merupakan satu pencapaian yang baik, katanya.
"Kita rasa selesa dan yakin, dalam dua tahun ke depan ini kita dapat penuhi sasaran," katanya selepas melancarkan Taman Tuanku Intan Safinaz di sini hari ini.
Jumlah 28,081 unit itu katanya meliputi jumlah daripada tahun 2013 sebanyak 4,801 unit rumah, 2014 (12,646 unit) dan 2015 (10,634 unit).
Jelasnya keyakinan itu turut didorong bantuan pihak swasta, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan beberapa pihak lain lagi.
Bagaimanapun katanya, pihaknya masih tidak berpuas hati dengan komitmen syarikat pemaju swasta dalam pembinaan rumah mampu milik dan kos sederhana.
"Ada keperluan untuk berbincang dan berunding dengan pemaju-pemaju, kita nak faham apa masalah dihadapi, dan kita akan lihat apa masalah dia tanpa jejas aspek dianggap penting seperti jumlah perumahan, kualitinya, kadar harganya, pecahan bumiputera dan bukan bumiputera, itu semua kita ambil kira.
BN Kedah sangat mesra perniagaan, kalaulah pemaju-pemaju rasakan dasar sedia ada tidak memberangsangkan mereka dalam laksanakan projek perumahan ini, kita boleh bincang," katanya. - Bernama