Budak 11 Tahun Digantung Bermain Seumur Hidup Kerana Serang Pengadil

Gambar Hiasan
Seorang budak lelaki yang baru berusia 11 tahun berhadapan dengan hukuman digantung seumur hidup daripada bermain rugbi kerana telah menyerang pengadil dalam satu perlawanan yang disertainya.

Seolah menjadi lumrah dalam setiap pertandingan sukan tersebut, para pengadil selalunya akan menjadi sasaran sekira berlaku sesuatu perkara yang tidak memuaskan hati para pemain atau penonton.

Namun, tindakan budak lelaki itu ketika dalam perlawanan kanak-kanak untuk Kesatuan Rugbi di Auckland, New Zealand agak kasar dan mengejutkan.

Budak lelaki itu dikatakan telah bertindak menjatuhkan pengadil dan menumbuknya bertubi-tubi selepas dilayangkan kad kuning.

Dia kemudiannya diarah keluar padang dan dilihat tertekan selain tidak membuat sebarang protes mengenai insiden tersebut.

Walau bagaimanapun, timbul persoalan di kalangan masyarakat yang mempersoal tentang tidakkah kanak-kanak itu terlalu muda untuk dikenakan tindakan gantung seumur hidup dalam permainan tersebut?

Sumber yang membuat kajian mengenai insiden itu mendapati rata-rata orang ramai tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan kepada budak lelaki tersebut dan kemungkinan besar keputusan itu dibuat berdasarkan umur kanak-kanak berkenaan yang masih mentah.

chart

Mungkin ramai yang berpandangan bahawa dia terlalu mentah untuk menilai di antara yang baik dan buruk, jadi pada usianya inilah didikan serta perhatian sepenuhnya perlu diberikan untuk membentuk dirinya ketika dewasa nanti. -Kedahnews.com