Gambar Hiasan |
KUALA LUMPUR – Gempa bumi lemah berukuran 4.0 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 5.58 pagi tadi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi hari ini, gegaran hanya dirasai di kawasan Ranau.
Gegaran kali ini adalah yang ketiga melanda kawasan itu sejak semalam.
Semalam, dua gempa bumi lemah dicatatkan berlaku di Ranau iaitu yang
pertama berukuran 2.5 pada skala Richter pada pukul 11.51 pagi, diikuti
gegaran kedua berukuran 3.4 pada skala Richter pada 6.12 petang.
Pada 5 Jun lalu, gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda
Sabah menyebabkan 18 orang terkorban dan memusnahkan harta benda. –
BERNAMA