Bumi Sabah Bergegar Kuat Lagi Ketika TPM Diberi Taklimat

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi taklimat ketika meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Mohamad Ali hari ini yang mengalami kerosakan selepas dilanda gempa bumi Jumaat lepas. - Foto BERNAMA
RANAU – Taklimat tragedi gempa bumi Sabah yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Restoran Liwagu di sini terpaksa dihentikan akibat gegaran kuat jam 1.35 tengah hari tadi.

Keadaan itu mencetuskan situasi cemas sehingga Muhyiddin dibawa keluar dari bilik taklimat.

Beliau bersama orang kenamaan lain termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman kemudian berkumpul di kawasan lapang di luar restoran.

Sidang media beliau kemudian diadakan di luar restoran berkenaan berikutan faktor keselamatan. – Berita Harian