Zizan Razak |
Pelakon Zizan Razak mengambil pendekatan untuk tidak mengulas mengenai perkahwinannya biarpun ramai pihak mula was-was terhadap kebenaran perkara itu.
Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 31, berkata, buat masa ini dia menyerahkan kepada ahli keluarganya untuk menguruskan perkara tersebut.
"Saya telah dinasihatkan oleh ahli keluarga untuk merahsiakan mengenai perkara ini kerana ia merupakan perbincangan diantara keluarga saya dengan pihak di sebelah sana.
"Biar ia menjadi peribadi kerana ada benda yang boleh dikongsi dan ada juga perkara perlu dirahsiakan jadi biar ia menjadi teka-teki untuk sementara waktu dan biarlah keluarga sahaja yang tahu," katanya kepada mStar Online.
Zizan ditemui pada pelancaran set menu Kombo Ramadan Bugerbyte, di Restoran Bugerbyte, Damansara Perdana, di sini, Isnin.
Tambah Zizan, dia lebih selesa untuk tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai kisah perkahwinannya kerana menganggap ia adalah urusan keluarga dan akan mengumumkan apabila sudah tiba masanya.
Dalam pada itu, Zizan berkata, pengalaman masa lalu membuatkan dia lebih berhati-hati untuk melakukan sesuatu perkara.
"Saya sentiasa mengambil langkah berhati-hati kerana sebagai seorang selebriti orang sentiasa memerhati apa yang kita lakukan tidak kira baik ataupun buruk.
"Jika saya nak kata ada masalah, orang lain pun ada masalah jadi apa yang lebih baik selepas ini ialah berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara," tegasnya.
Sebelum ini Zizan pernah mendedahkan bakal berkahwin pada tahun ini namun dia bagaimanapun menyatakan masih belum pulang ke kampung untuk berbincang mengenai tarikh perkahwinan berkenaan.
Malah laporan sebelum ini mengatakan Zizan bakal berkahwin dengan seorang wanita dari Terengganu pada Jun.
Namun ada pihak menganggap kenyataan Zizan untuk berkahwin selepas putus cinta dengan Emma Maembong itu adalah untuk menutup segala kontroversi yang dilaluinya.
Dalam pada itu mengenai set menu Kombo Ramadan yang diperkenalkan di 14 cawangan Bugerbyte, orang ramai boleh mendapatkannya dengan harga promosi sempena bulan mulia ini.
Harga promosi kombo dijual dari RM19.80 manakala set menu keluarga bermula dari RM94.80.
Ia merangkumi Montreal Rice Ayam Panggang, Montreal Rice Kambing Panggang, Naked Buger dan juga Seafood Marinara Spaghetti.
Bagi pelajar pula, pihak Bugerbyte menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus apabila mereka menunjukkan kad pelajar. -mStar