Jika di Malaysia, apabila disebut saja nama Mutiara Damansara, pasti terus
terpacul dikotak pemikiran kita tentang beberapa tempat wajib singgah di Lembah Klang seperti pusat membeli-belah terkenal Ikea, The Curve dan
Ikano Power Centre.
Namun tahukah kita bahawa di Perancis juga terdapat nama Mutiara
Damansara?
Agak pelik, namun benar, Mutiara Damasara versi Perancis bukanlah nama tempat seperti yang disangka, tetapi merupakan nama bagi
sebuah kumpulan metal yang bergerak secara ‘indie’!
Kumpulan terbabit yang mula menubuhkan band berkenaan pada 2010
dianggotai oleh tiga jejaka, Charlize Ann Myers, Cyanure Nevermore dan
Grumppy Woodcutter.
"Mutiara Damasara" versi Perancis: Charlize Ann Myers, Cyanure Nevermore dan
Grumppy Woodcutter. |
Keunikkan nama kumpulan tersebut semakin mendapat perhatian
masyarakat Malaysia sehingga ada segelintir yang meminta mereka datang
ke Malaysia untuk membuat persembahan.
Nah, anda baca sendiri perbualan antara kumpulan tersebut dengan beberapa individu dari sini.
Walaupun menerima banyak perlawaan dari pengguna laman sosial, namun
band Mutiara Damansara mengakui sukar untuk datang ke Malaysia kerana
kekangan kewangan.
Akui mereka, Mutiara Damansara hanyalah kumpulan muzik yang bergerak secara ‘underground’ dan tidak mempunyai banyak bajet untuk terbang ke negara kita.
Cadang mereka, andai ada peminat kumpulan metal yang berminat untuk
membawa mereka ke sini, pihak tersebut bolehlah menguruskannya dengan
menghubungi pihak promoter dan penaja.
Selain itu, cara lain adalah dengan mengutip dana bagi menampung perbelanjaan kumpulan tersebut untuk datang ke Malaysia.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan, kumpulan itu memperolehi nama
Mutiara Damansara setelah ahli-ahlinya membuat carian nama yang unik
sebelum ia menjadi pilihan. -Kedahnews.com