ALOR SETAR - Pelakon jelita, Rozita Che Wan sememangnya terkenal dengan aksi selambanya dan sering mencetus kontroversi di kalangan para peminat industri hiburan tanahair.
Terbaru, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai "Ceh Ta" itu sedang bercuti bersama ahli keluarganya di kota London dan menariknya percutian aktres cantik ini turut ditemani puteri comelnya, Aaisyah Dhia Rana.
Namun ada pula cerita yang kurang menariknya apabila Che Ta dikatakan telah memakai
pakaian yang tidak menggambarkan keperibadiannya sebagai seorang artis
berhijab apabila mengenakan seluar yang seolah-olah memberi ilusi dia
hanya berseluar pendek.
Gambar kontroversi berkenaan telah dikongsikan Che Ta menerusi laman Instagram miliknya, baru-baru ini.
Sekali imbas, nampaknya seolah-olah Che Ta hanya mengenakan seluar pendek dengan "boot"nya sahaj, meskipun sebenarnya aktres itu memakai seluar ketat berwarna kulit yang digayakannya bersama suami dan puteri comelnya
itu.
Mungkin mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin dapat memberikan pandangan dan pencerahan mengenai etika pemakaian Che Ta? -Kedahnews.com