Kalau diikutkan tahun ini sahaja, sudah beberapa kali Rozita Che Wan dan suami, Zain Saidin dilaporkan media berulang-alik ke kota London.
Kekerapan pasangan selebriti itu ke London seolah menjadikan kota Inggeris itu bagaikan menjadi "rumah kedua" mereka. Mungkin itulah namanya murah rezeki.
Seperti yang kita tahu selain berlakon, Che Ta dan adik-beradiknya
juga turut mengusahkan perniagaan tudung Padusi, selain dirinya turut
laku disambar produk-produk yang mahu menjadikan aktres cantik jelita ini
sebagai duta produk mereka.
Jadi tak hairanlah kalau dia sering berulang-alik ke London macam pergi Kuala Lumpur ke Langkawi sahaja, kan?
Mengakui tidak bosan berkunjung ke London dan juga kota cinta Paris,
Rozita atau Che Ta mendedahkan dia ada memasang niat untuk membeli rumah
dan membuka sebuah restoran di London.
“InsyaAllah kalau ada
rezeki, saya dan suami mahu beli rumah di sana. Zain pun pernah
mencadangkan supaya saya buka restoran di sana. Bagi merealisasikan
impian itu, kami kena bekerja lebih keras,” kata Che Ta yang dipetik dari Harian Metro, hari ini.
Justeru itu, Kedahnews.com mendoakan agar impian Che Ta dan Zain untuk memiliki aset dan membuka restoran di negara mat saleh itu tercapai, insyaAllah.-Kedahnews.com