Cristiano Ronaldo Dirakam Selamba Kencing Tepi Jalan

Aksi dari Cristiano Ronaldo
BINTANG bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo sering digambarkan sebagai seorang ikon yang mempunyai personaliti mengkagumka, bersikap sopan santun dan pemurah.

Tapi malangnya, keperibadian dan ketampanan pemain bagi pasukan Real Madrid ini mungkin sedikit tercalar selepas fotonya melakukan aksi memalukan berjaya dirakam seorang paparazi baru-baru ini.

Semuanya gara-gara sikap tidak senonoh Cristiano sendiri yang selamba membuang air kecil secara sebarangan berhampiran sebuah kereta di bahu jalan.

Gambar aksi pemain bola sepak antarabangsa yang menjadi kegilaan ramai itu sekali gus menjadi viral dan hangat diperkatakan di media sosial.

ronaldo1_yhxmvq PAY-Cristiano-Ronaldo-urinating-in-the-street-in-Saint-Tropez cristiano-ronaldo-confronted-police

Menurut Latin Times, ketika kejadian tersebut berlaku, Cristiano atau terkenal dengan gelaran CR7 dikatakan baru pulang selepas berparti di sebuah kelab di St Topez.

Menerusi foto yang dirakam, CR7 dilihat bersembunyi di sebalik sebuah kereta untuk membuang air kecil sambil diawasi seorang pegawal peribadi.

Selang beberapa saat kemudian, jejaka 30 tahun itu dilihat berjalan keluar diiringi beberapa orang polis dan pengawal peribadinya.

Dalam pada itu, gambar tersebut mencetuskan reaksi negatif ramai pengguna Internet yang menyifatkan tindakan CR7 sebagai sesuatu yang memalukan dan tidak baik kerana sebelum ini pemain bola sepak ini sering dijadikan ikon terbaik kepada kanak-kanak dan remaja. -Kedahnews.com