Anggota Rela Kulim menziarahi Mak Ngah untuk memberikan kata-kata semangat pada Mak Ngah |
KULIM - Seorang ibu tunggal yang dulunya gagah membanting tulang menyara
dua anaknya dan seorang ibu yang sudah uzur kini menderita kanser luar
kepala.
Hasma Isa, 52, atau mesra dipanggil Mak Ngah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat di daerah ini berkata, kanser itu pada mulanya hanya kecil dan seperti bisul di bahagian belakang kepalanya yang tumbuh sekitar 2013.
Bagaimanapun, Mak Ngah yang juga aktif menyertai anggota Rela menyatakan, benjolan itu semakin lama semakin besar namun dia tidak merasa sakit.
“Disebabkan saya mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis saya telah mengambil ubat di klinik dan ada memberitahu doktor namun tidak membenarkan mereka melihat.
“Saya tidak mahu ditahan di wad kerana memikirkan keadaan keluarga yang memerlukan saya.
“Bagaimanapun makin lama semakin besar dan merebak. Untuk mengelakkan ia berdarah saya terpaksa membalutnya dengan kain,” katanya kepada Sinar Harian.
Mak Ngah berkata, namun keengganannya yang tidak mahu dirawat sejak dari awal menyebabkan dia jatuh pengsan ketika sedang bertugas pada awal bulan lalu.
“Ketika saya bertugas pada waktu malam, dan kira-kira jam 5.30 pagi saya pengsan dan rakan membawa saya ke hospital.
“Doktor mendapati kanser di luar kepala semakin serius dan memerlukan rawatan rapi. Akibat kanser itu juga badan saya kehilangan banyak darah kerana pendarahan yang berlaku,” katanya.
Katanya, kanser yang berada di belakang kepalanya perlu di cuci setiap hari di klinik dan memerlukan kos untuk ulang alik dari rumah ke klinik selain untuk mendapatkan rawatan kemoterapi.
“Sekarang saya tinggal di rumah anak saudara kerana mempunyai kemudahan untuk berulang alik.
“Namun anak saudara saya juga tidak mampu untuk terus menanggung kos rawatan saya kerana dia juga bukan orang senang dan sekarang sedang menghidap sakit apendiks,” katanya.

Sumber: Sinar Harian