Setelah seminggu berlalu, aktres popular Tasha Shila akhirnya
mengaku telah membuat laporan polis berkaitan kontroversi gambar
separuh bogel yang didakwa miliknya.
Pengesahan itu dibuat empunya diri kepada portal Astro Gempak melalui mesej di aplikasi Whatsapp semalam.
Namun demikian, Tasha dikatakan menolak untuk memberi komen lanjut
tentang perkara berkenaan dan hanya menjawab ‘betul’ (tentang laporan
polis).
Nampaknya, tindakan Tasha
membuat laporan polis itu menunjukkan yang dia bangkit untuk menghakis persepsi buruk
masyarakat yang mampu menjejaskan imej dan karier seninya.
Beberapa hari lalu, seorang peminat pelakon drama Nasuha itu melaporkan bahawa dia ternampak kelibat Tasha bersama ahli keluarganya dan peguam sedang membuat laporan polis.
Menurut individu tersebut, Tasha dikatakan akan mengambil tindakan
terhadap pihak yang menyebarkan foto tersebut kerana sengaja melakukan
suntingan wajahnya.
Sabarlah Tasha. Kalau benar Tasha tidak bersalah, kebenaran pasti akan muncul jua suatu hari nanti. Jika tidak di dunia, di akhirat kelak pasti "kantoi" jugalah, kan? - Kedahnews.com