Dr Hatta Dakwa Pemimpin PAS Memalukan Islam

Dr. Mohd. Hatta Ramli
Dalam satu kenyataannya, salah seorang pemimpin progresif dalam PAS, Dr. Mohd. Hatta Ramli berkata, kepimpinan parti Islam itu kini tidak lagi mewakili sebuah parti politik berteraskan Islam, lantas ia memalukan agama.

Malah, menurut bekas Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu, situasi tersebut berlaku disebabkan oleh tindak tanduk pemimpin PAS sendiri.

“Secara keseluruhannya, kami percaya bahawa PAS, atau lebih tepat pemimpin, telah sampai ke titik di mana kedudukan dan tingkah laku yang tidak mewakili parti politik Islam yang sebenar.

“Kadang kala ia memalukan Islam di mata orang ramai, orang Islam atau bukan Islam,” dakwa Dr Hatta yang dipetik daripada Malaysiakini.

Kata Hatta lagi, senario tersebut telah dibawa ke dalam perbincangan namun tiada usaha lanjut untuk memperbetulkannya.

“Sebaliknya, membantah dan pertentangan idea ditafsirkan sebagai menentang ulama,” katanya lagi menempelak.

NURUL IZZAH_BOOK_LAUNCHING

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas perkara sama, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad memberikan contoh situasi PAS masuk bertanding di Kota Damansara yang menjadi milik PKR sejak PRU 2008.

Calon PKR dikatakan boleh mempertahankan kerusi itu, namun setelah PAS mengambil keputusan itu, akhirnya kerusi berkenaan dimenangi Barisan Nasional (BN).

“Nasir adalah ADUN dan tidak ada rungutan terhadap beliau sejak lima tahun kemudian tiba-tiba pada 2013, PAS letak calonnya sendiri dan tidak memberi penjelasan sebabnya, di samping mengkritik sosialisme, dan begitu dan begini,” kata Khalid.

Akibatnya, parti itu dikritik hebat dan dilabel sebagai pengkhianat oleh sekutunya sendiri. -Kedahnews.com