ALOR SETAR - Seramai empat orang pelancong asing termasuk dua beradik yang dipercayai berbogel
di puncak Gunung Kinabalu pada 30 Mei lau telah ditahan reman oleh pihak
polis untuk siasatan lanjut.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata
tangkapan pertama dilakukan di Lapangan Terbang Tawau, membabitkan
seorang wanita berusia 24 tahun warga Britain, kira-kira jam 12 tengah hari semalam.
“Susulan tangkapan itu, dua lelaki masing-masing berusia 23 tahun
warga Kanada dan Belanda menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Kota Kinabalu bersama seorang lagi perempuan Kanada berusia 22 tahun,
pada 6 petang hari yang sama.
“Keempat-empat suspek termasuk dua beradik ini dibawa ke hadapan
Majistret pagi ini untuk permohonan reman bagi membolehkan polis
menjalankan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Polis dilaporkan masih mengesan lagi individu yang dipercayai turut berbogel di Gunung
Kinabalu dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan.
Memetik Harian Metro, empat pelancong asing yang berkelakuan tidak senonoh itu akan direman selama empat hari bermula hari ini. -Kedahnews.com