ALOR SETAR - Pelakon, penyanyi dan pengacara jelita, Erra Fazira mengakui bahawa dia
mengimpikan untuk bertudung penuh, namun menegaskan isu tersebut
bukanlah cerita yang perlu dijaja.
Erra memohon supaya impiannya itu turut didoakan para peminat supaya Allah membuka hatinya untuk mengubah imejnya bertudung litup, sekaligus menutup aurat sepenuhnya.
“Doakan…itu adalah impian saya. Ini bukan sesuatu yang biasa dijaja
ceritanya…biar ia datang ikhlas dari hati atas dasar kesedaran dan
tanggungjawab.
“Ia hadir tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak. Insya-Allah doakan
saya supaya bahagian penghijrahan saya dipermudahkan dan diberkati,” kata Erra sebagaimana yang dipetik dari Berita Harian.
Sebelum ini, ramai yang membuat persepsi bahawa Erra sedang menuju ke
arah menyempurnakan dirinya sebagai seorang muslimah apabila tampil
memakai penutup kepada dalam beberapa majlis.
Dia turut ditampilkan sebagai ‘muse’ dalam koleksi rekaan Rizman
Ruzaini beberapa minggu lalu dengan bertudung litup.
Jika itulah impian Erra, Kedahnews.com yakin bahawa ramai para peminat diluar sana yang akan mendoakan semoga aktres jelita berkenaan diberi hidayah oleh Allah SWT untuk mengenakan tudung dan menutup aurat sepenuhnya sebagai seorang muslimah.
Kami doakan supaya niat Erra untuk mengubah
penampilaannya berjalan lancar dan kekal, tidak seperti sesetengah wanita beragama Islam yang hanya bertudung sehari dua dan kemudiannya kembali ‘free-hair’ seolah mempermain hukum yang ditetapkan Allah, kan? -Kedahnews.com