Gambar Hiasan |
Saya seorang gadis remaja berusia pertengahan 20-an dan masih belajar di sebuah kolej. Saya tidak mempunyai masalah dalam pelajaran tetapi dalam hubungan cinta.
Saya mengenali seorang jejaka hampir setahun dan menyimpan perasaan terhadap dia. Malangnya, dia sudah berumah tangga dan mempunyai empat anak.
Dia pernah menasihati saya supaya memberi peluang kepada jejaka yang masih bujang tetapi sehingga sekarang, tidak ada jejaka yang mempunyai ciri-ciri seperti dia. Saya amat menyayanginya.
- Gadis dilema, Kuala Lumpur
UKE: Bukan saya menghalang niat anda tapi berkawan atau berkahwin dengan suami orang ini mengundang pelbagai risiko. Ia akan melibatkan banyak pihak dan bukan semua boleh menerima dengan lapang hati. Tapi jika keluarga anda boleh menerima dan pihak keluarganya juga berlapang hati, maka kuranglah masalah.
Anda perlu kuat segalanya jika anda ingin mneruskan niat anda dan jika tidak, lebih baik anda cari lelaki bujang kerana risikonya kurang. Kalau anda mengharapkan lelaki yang sempurna, maka tiada yang sempurna. Semua orang ada kekurangan masing-masing.
Kalau anda hendak teruskan juga, bawalah berbincang dengan si dia baik-baik dan buatlah secara terbaik. Tapi jika anda tak nak pening kepala di kemudian hari, anda cari sahaja yang lain. Kalau dia mampu serba serbi, isterinya OK, keluarga anda OK, kewangannya OK dan anda boleh bertolak ansur, maka anda teruskanlah tapi jika tidak, ada baiknya carilah yang kurang masalah daripada yang banyak masalah. Harap anda faham.
Sumber: Utusan