Gadis-Gadis Cina Bukan Islam Masuk Masjid Dipuji Netizens?

ALOR SETAR - Meskipun berlainan pegangan agama, namun ketika menjejakkan diri masuk ke rumah ibadah, apa yang paling utama adalah menghormati kepercayaan individu lain.

Tindakan beberapa orang gadis bukan Islam yang menghadiri sebuah majlis di Masjid Al-Falah, USJ9 Subang Jaya, semalam mencuri perhatian ramai kerana mengenakan pakaian yang sopan.

Melalui sekeping gambar, gadis-gadis tersebut dilihat menghormati kawasan masjid apabila memakai baju kurung dan selendang.

Walaupun tidak menutupi aurat sepenuhnya, namun tindakan yang dilakukan kesemua mereka mendapat pujian ramai warga Internet.

Malah, ada pengguna yang mengusik gadis-gadis tersebut dengan memuji kecantikan mereka kerana menyarungkan baju kurung.

“Amoi pakai baju kurung sgt comel,” tulis akaun Facebook Muhamad Harris Nasril,

“Senyuman ikhlas terpapar si comel semua…Selesa memandang, saling hormat-menghormati sesama kita…” tulis seorang pengguna lain, Alex Chang.

Gadis-gadis tersebut hadir ke masjid berkenaan bersama-sama ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh bagi menyampaikan sumbangan kepada pihak pengurusan sempena bulan Ramadan.

Parti sekular, DAP, yang disifatkan sebagai "chaivinis ultra kiasu" oleh ramai pihak sebelum ini berpendirian menolak usaha perlaksanaan hukum hudud secara tegas dan tidak mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam. -Kedahnews.com