GAMBAR: Sekitar Majlis Resepsi Hanis-Hairul

Sekitar majlis resepsi Hanis - Hairul
PASANGAN yang sama cantik sama padan ini sebenarnya sudah pun selamat diijabkabulkan pada Jumaat lalu di kediaman Hanis Zalikha di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Manakala kelmarin pula, telah berlangsung majlis resepsi Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam bagi meraikan penyatuan hati dua selebriti ini.

Antara yang turut hadir memeriahkan majlis itu adalah Nadiya Nisaa, Dazrin, Fynn Jamal, pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof selain Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang bertindak selaku pengacara majlis.

Di sini Kedahnews.com kongsikan beberapa keping gambar-gambar menarik sepanjang majlis itu berlangsung.

Sekalung tahniah dari kami buat Hanis dan Hairul, semoga perkahwinan mereka bakal meramaikan lagi umat Muhammad SAW yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga ke anak cucu. - Kedahnews.com

hanis
hanis1
hanis2
hanis3
hanis4