Gelagat Suami Pertama Kali Puasa, Lana Nodin Upah Ayam Penyet!

1-1-1-14
Terseyum simpul kami melihat gelagat suami Lana Nodin, David McKienzie yang tidak sabar-sabar ingin menjamah juadah yang dimasak oleh isteri tercinta.

Hal itu menarik perhatian ramai selepas dikongsikan oleh Lana Nordin menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagramnya.

Untuk makluman, 1 Ramadhan baru-baru ini adalah pertama kali Davis McKienzie menjalani ibadah puasa setelah memeluk agama Islam.

Makanya, mungkin menghargai usaha suaminya yang belajar berpuasa, Lana Nodin telah menyediakan juadah ayam penyet buat suami tersayang.

Apa yang buat kami ketawa bercampur bangga apabila mendengar David McKienzie berturut dalam bahasa Melayu walaupun sedikit pelat untuk menerangkan apa yang dimasak isterinya.

Screen-Shot-2015-04-17-at-12-37-20-PM_1
“Hari ini, isteri saya masak ayam penyet,” katanya yang kemudiannya disambut kembali oleh Lana dengan pertanyaan sama ada suaminya itu berpuasa atau pun tidak.

Menerusi kapsyen Lana, aktres jelita meluahkan rasa bangga terhadap suaminya kerana belajar berpuasa dan menyatakan hidangan ayam penyet.
Dalam pada itu, ramai peminat yang memuji Lana Nodin kerana pandai menjaga kecantikan diri dan rajin memasak untuk suami. -Kedahnews.com