KUNDASANG – Pegawai operasi mencari dan menyelamat percaya angka
kematian akibat gempa bumi Gunung Kinabalu yang berlaku pada Jumaat
berjumlah 19 kematian dengan 17 mayat ditemui pada Sabtu.
Pegawai tersebut berkata, mereka tidak menjangkakan lebih banyak
mayat akan ditemui berikutan jumlah tersebut merupakan pendaki yang
dikenalpasti hilang.
Mayat pertama merupakan seorang jurulatih Robbie Sapinggi , 31, dan pelajar Singapura berusia 12 tahun, Wee Ying Peony.
Pegawai berkata, mayat yang ditemui akan diterbangkan menggunakan helikopter ke Kota Kinabalu.
Katanya, setakat ini tiga mayat sudah diterbangkan ke Hospital Queen
Elizabath pada kira-kira pukul 4 petang Sabtu dan yang lain akan di
terbangkan secara berperingkat.
Dipercayai sekurang-kurangnya 10 mayat yang ditemui merupakan pelajar Sekolah Antarabangsa Keratong Singapura.
Warganegara dan identiti mangsa akan dikeluarkan selepas bedah siasat . - The Star