Orang ramai beratur panjang di butik Nike di pusat membeli belah Mitsui Premium Outlet |
ALOR SETAR - Seorang pengguna laman sosial Facebook mencetus persoalan ramai apabila menyindir sinis sebahagian besar rakyat Malaysia yang sebelum ini merungut dan mendakwa ditindas kerajaan yang melaksanakan sistem cukai baru, GST.
Menerusi sekeping gambar yang dipercayai telah dirakam di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Sepang, Mitsui Premium Outlet.
Difahamkan menerusi kapsyen yang ditulis pengguna Facebook itu, gambar tersebut menunjukkan rakyat Malaysia sedang berbaris panjang menunggu giliran untuk membeli belah di butik produk sukan berjenama mahal, Nike.
"Rakyat Malaysia yang ditindas oleh GST dan Kerajaan sedang beratur untuk membeli belah di kedai Nike — at Mitsui Premium Outlet," tulisnya.
Status berkenaan kemudian disambut oleh ramai rakannya dan salah seorangnya mendakwa rakyat berbaris lebih panjang di premis Nike berkenaan ketika dikunjungi pada minggu sebelumnya.
"Dah seminggu beratur nih..last week aku pi lagi panjang," tulis rakannya pula.
Dalam penelitian kami, boleh dikatakan hampir semua komen di status berkenaan sangat bersetuju dengan sindiran pedas yang dipercayai ditujukan pada mereka yang sebelum ini bersungguh-sungguh mengatakan diri mereka tertindas gara-gara GST sebelum ini. -Kedahnews.com