Jason (dua, kanan) menunjukkan cara pengiraan jumlah caj berlebihan yang perlu dibayar pembeli rumah pada sidang media, semalam. |
GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang perlu menjelaskan mengenai kedudukan
rumah kos sederhana rendah yang termaktub dalam syarat pembinaan untuk
projek 98 Nibong Residence dan rumah mampu milik di Paya Terubong.
Ketua Biro Pengaduan Awam dan Undang-undang Pemuda Gerakan negeri, Jason Loo berkata, ia perlu kerana Exco Perumahan, Jagdeep Singh Deo sebelum ini mengesahkan kedua-dua projek itu diluluskan sebelum pelaksanaan skim perumahan mampu milik yang dilancarkan pada Ogos tahun lalu.
Beliau berkata, mengikut garis panduan skim lama, rumah melebihi 100 unit, pemaju perlu membina sekurang-kurangnya 30 peratus rumah kos sederhana rendah dari bilangan rumah (yang dibina).
“Projek 98 Nibong Residence mengandungi 107 unit rumah. Tunjukkan di mana?
“Kita nak tahu. Jika tidak ada, pemaju perlu membayar pampasan sebagai ganti rumah kos sederhana rendah yang tidak dibina itu. Persoalannya adakah pemaju membayar pampasan itu” katanya.
Menurutnya, jika gagal membina rumah kos sederhana rendah di situ, pemaju perlu membayar pampasan RM120,000 untuk setiap rumah berkenaan.
“Jika dikira 30 peratus dari 107 unit bersamaan 32 rumah.
Ini bermakna, pemaju perlu membayar RM3.84 juta untuk 32 rumah (yang tidak dibina itu),” katanya.
Sementara itu, 7,658 rumah mampu milik dibina di Paya Terubong yang diluluskan sebelum pelaksanaan skim perumahan baru.
“Kita tidak nampak di mana rumah sederhana rendah dibina oleh pemaju ini.
"Oleh itu, kita minta Kerajaan Pulau Pinang menjelaskan perkara ini. Buat masa ini, saya mahu sentuh dua projek ini dahulu,” katanya.
Jason turut meminta Kerajaan Pulau Pinang jelaskan sama ada kedua-dua projek itu diluluskan sebelum pelaksanaan skim baru atau sebaliknya.
Dalam pada itu, Kerajaan Pulau Pinang juga perlu menjelaskan mengapa rumah mampu milik bagi projek itu dijual melebihi harga siling.
“Satu unit rumah berkeluasan 750 kaki persegi dijual pada RM292,500 iaitu melebihi harga siling RM200,000 manakala 850 kaki persegi dijual pada RM331,500, melebihi had RM300,000.
“Terdapat 6,126 unit yang terlibat dan caj berlebihan \dikenakan kepada pembeli adalah RM286 juta,” katanya.
Katanya, mengikut kiraannya, setiap pembeli akan menanggung kerugian lebih RM500 juta apabila mengambil kira faedah pinjaman rumah 4.5 peratus untuk tempoh 35 tahun,” katanya.

Sumber: Sinar Harian