Gula Cukup Di Labuan, Buat Aduan Jika Tidak Cukup

Gambar Hiasan
LABUAN – Labuan akan mendapat bekalan gula mencukupi menjelang Aidilfitri, menurut pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Labuan.

Pemangku Pengarah Aslani Dabi berkata bekalan itu terjejas selama hampir dua minggu awal bulan ini kerana penghantaran lewat dari Pelabuhan Klang.

Beliau berkata pulau bebas cukai ini mempunyai bekalan tepung, minyak masak dan barang keperluan lain yang mencukupi untuk musim Raya.

Aslani menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa tentang sebarang kekurangan bekalan barangan perlu supaya siasatan boleh dijalankan segera. – BERNAMA