Kaherah - Mahkamah rayuan di Mesir dalam satu keputusan telah membatalkan nama Hamas dari disenaraikan sebagai status sebuah organisasi pengganas, semalam.
Keputusan berkenaan turut disambut baik oleh Hamas yang menganggap langkah tersebut adalah ke arah hubungan lebih baik dengan Kaherah.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menyifatkan keputusan badan kehakiman dan perundangan Mesir itu sebagai "memperbaiki kesilapan lalu".
“Ia menunjukkan komitmen Kaherah dalam peranan penting dimainkannya untuk perjuangan Palestin. Pasti ini membawa kesan dan hasil positif antara Hamas serta Kaherah,” katanya.
Hamas cabang Ikhwanul Muslimin Mesir yang diisytiharkan pengganas sejak Mohamed Mursi digulingkan sebagai presiden pada 2013.
Difahamkan bahawa pihak berkuasa Mesir sebelum ini mendakwa senjata diseludup dari Gaza ke Mesir untuk digunakan kumpulan militan yang mahu menggulingkan kerajaan.
Sementara itu, peguam Ashraf Farahat yang sebelum memfailkan kes itu terhadap Hamas berkata, dia akan meminta Kementerian Luar Mesir tetap memasukkan Hamas dalam senarai organisasi pengganas berdasarkan keputusan kehakiman terdahulu.
“Ada dua penghakiman yang meletakkan Ikhwanul Muslimin dan Briged Izzudin al-Qassam (sayap bersenjata Hamas) sebagai pengganas,” ujarnya.
Kaherah sejak beberapa tahun lalu, memainkan peranan penting dalam usaha gencatan senjata antara Israel dengan Hamas, termasuk perjanjian yang berjaya menamatkan perang selama 50 hari pada Ogos tahun lepas. -Kedahnews.com