Harga Minyak Naik, Jangan Pula Dinaikkan Harga Barang! – Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan
ALOR SETAR - Menerusi laman makro Twitter, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan memberi amaran keras kepada para peniaga di seluruh negara agar tidak bertindak menaikkan harga barang.

Amaran tersebut beliau lontarkan susulan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak RM0.10 sen berkuatkuasa tengah malam semalam (1 Jun 2015).

Beliau membuat perbandingan situasi yang mana, ketika harga minyak diturunkan, peniaga tidak menurunkan harga barang.

Lantas, kenaikan harga minyak tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga barang sekali lagi.

“Bila harga minyak turun, harga barang tak turun. Bila harga minyak dunia naik, maka minyak Msia juga naik, harga barang jangan pula dinaikkan,” tulisnya lagi.

Selain itu, beliau turut memuat naik dua keping gambar yang memaparkan carta harga minyak dunia pada 31 Mei lalu sebagai rujukan kepada tindakan kerajaan menaikkan harga bahan bakar itu.

“Purata harga minyak dunia naik untuk Mei punca harga naik 10 sen untuk RON95, diesel dan RON97. Carta ini untuk 31/5/15,”jelasnya. -Kedahnews.com