Gambar Hiasan: Merokok membahayakan kesihatan |
ALOR SETAR - Harga rokok bakal dilaporkan bakal dinaikkan lagi bermula esok setelah syarikat
tembakau British American Tobacco (BAT) mengkaji semula nilainya di pasaran selepas
perlaksanaan GST pada April lalu.
Sebelum ini, seiring perlaksaan cukai tersebut, BAT menaikkan harga
sebanyak 50 sen bagi rokok premium, namun ia kemudian menarik balik
perlaksanaan tersebut dan harga kembali kepada caj tanpa GST.
Namun yang terkini selepas tiga bulan kekal dengan harga di paras itu, BAT mengumumkan kenaikkan tersebut bagi
rokok premium dan rokok sub premium.
Kenaikan harga rokok tersebut menjadikan harga bagi sekotak
Dunhill adalah RM13.80 berbanding RM13.50 sebelum ini.
“Semakan harga ini bagi mengambil kira perlaksanaan GST,” jelas Pengarah Urusan BAT, Stefano Chini yang dipetik dari media hari ini.
Pada November tahun lalu, BAT menaikkan harga rokoknya sebanyak
RM1.50 lantas menjadikannya RM13.50 sekotak.
Kemudian, pada April tahun
ini pula, ia menaikkan 50 sen, menjadikan harganya RM14, sebelum
menurunkannya kembali.
Sementara itu, kenaikan harga rokok berkenaan dijangka akan meningkatkan lagi rokok elektronik di negara ini yang semakin mendapat sambutan sejak harga rokok dinaikkan ke paras RM13.50 sekotak.
Industri rokok elektronik di Malaysia dikatakan adalah merupakan yang kedua terbesar di
dunia selepas Amerika Syarikat (AS) selain dianggap sebagai industri
terbesar di Asia. -Kedahnews.com