Hari Bapa: Najib Kongsi Dua Gambar "Istimewa" Dengan Sultan Abdul Halim

Bersempena sambutan Hari Bapa di negara kita yang jatuh pada hari ini, 21 Jun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsikan dua keping gambar peribadinya dengan rakyat Malaysia di laman sosial beliau.

Istimewanya, gambar pertama yang dikongsikan beliau adalah gambar lama yang menyaksikan bapanya, Allahyarham Tun Hussein Onn mengadap Yang DiPertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah sewaktu bapanya menjawat jawatan Perdana Menteri.

Manakala gambar kedua pula memaparkan beliau dalam keadaan yang sama, turut mengadap Tuanku Sultan Abdul Halim yang kini merupakan Yang DiPertuan Agong setelah ditabalkan kali kedua menaiki takhta tertinggi kerajaan Malaysia itu.


Kami berpandangan bahawa kedua keping gambar berkenaan sememangnya berunsur "dejavu" dan "epik" gambar beliau tersebut di mana kedudukan serta sifatnya yang hampir serupa, bukan?

Apapun, Kedahnews.com turut berbangga dengan kedaulatan kesultanan Melayu Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang kami sayangi kerana mencipta sejarah tersendiri apabila ditabalkan menjadi Yang DiPertuan Agong untuk kali kedua.

Lebih menarik lagi, Baginda menjadi Yang DiPertuan Agong di zaman pentadbiran Perdana Menteri yang melibatkan seorang bapa dan seorang anak, kan? - Kedahnews.com