Hikmah Ramadhan: Kisah Maki Hamun Azwan Ali, Nur Azira Dan "Menate"

Haji Azwan Ali a.k.a "Diva AA"
Kedahnews.com yakin bahawa sudah tentu ramai yang kenal dengan Haji Azwan Ali, seorang selebriti "otai", pengacara, pelakon sensasi serba "glamour" yang menggelarkan dirinya sebagai "Diva AA", kan?

Sejak dari dahulu, Azwan sememangnya tak pernah kering dari kontroversi, sama ada kontroversi itu tercetus oleh keadaan sekelilingnya atau dia sendiri yang akan mencetus kontroversi bagi pihak dirinya.

Jika singgah di laman sosial miliknya, khususnya Twitter, dia sering dikritik kerana keceluparan mulutnya yang terkenal "lazer" sama ada melalui siaran media televisyen dan akhbar mahupun di media sosial.

Namun kisah terkini selebriti "panas" itu menyaksikan dia dijadikan bahan lawak di ruang maya internet sehingga dia sendiri seolah "surrender" setelah tindakannya memaki seorang peminat wanita mendapat perhatian umum.


Dimaki hamun olehnya itu sesuatu yang biasa buat netizen. Itu fakta benar.

Namun kali ini yang kelakarnya, mangsa kepada Diva AA kali ini tidaklah melakukan apa-apa provokasi pun, malah berniat baik kerana cuba membantu Azwan.

Ceritanya, bekas pengacara program gosip nombor satu Melodi, itu telah mengemas kini status laman Twitter peribadinya dengan bertanyakan cadangan tempat bagi mendapatkan stik terbaik untuk berbuka puasa.

“Slm. Nak steak la today! Cari cafe yang tak sesak melayu jebawok! Any ideas?” tulis Haji Azwan.

Tweet tersebut kemudiannya dibalas oleh salah seorang peminatnya, Nur Azira dengan menulis, “menate”.

Tidak menunggu lama selepas itu, Azwan membalas cadangan tersebut dengan bertubi-tubi makian.

“Sundal bertudung paling binatang #menyalak real anjing! #puiii puashati tak neraka?” maki Hj Azwan.

Memang berapi betullah Diva AA apabila pengguna tersebut tulis "menate" dan kami berpandangan bahawa mungkin Haji Azwan berpandangan perkataan itu dirujuk bagi loghat negeri di Pantai Timur yang bermaksud "binatang".

Tapi nampaknya prasangka Haji Azwan itu meleset.

Rupa-rupanya, wanita berkenaan sebenarnya langsung tidak mengutuk mahupun bergurau kasar dengan Azwan tetapi memberi cadangan yang diminta Azwan sebelum itu.

Bagaimanapun, Nur Azira sempat kemudiannya membalas, “I means steak house MENATE la Diva. Apa ni?”

"Menate" sememangnya wujud dan antara tempat terbaik untuk mendapatkan stik terbaik yang diidamkan Haji Azwan.

"Me’nate Steak House" merupakan sebuah restoran stik eksklusif yang dimiliki oleh Mustaffa Othman, bekas pakar daging di Istana Bukchingham di London yang terletak di Wangsa Maju dan Ampang.


Kasihan benar dengan nasib Nur Azira. Niat murninya untuk membantu HajiAzwan, tapi tiba-tiba disalah erti oleh Azwan Ali dan dimaki hamun secara percuma di bulan Ramadhan!

Isu tersebut kemudiannya telah menjadi panas di Twitter dan Facebook di mana ramai warga netizens di seluruh negara menempelak Azwan kerana tidak peka terhadap jawapan yang diberikan wanita terbabit.

Mungkin tidak tahan malu pada diri sendiri dan dikutuk ramai pihak, Azwan dikatakan telah mengambil keputusan untuk meletakkan mod privasi terhadap akaun Twitternya.

Paling menarik, hikmah dari kejadian tersebut, dengan kehendak Allah SWT, Nur Azira dan keluarganya telah mendapat mesej dari Me’nate Steak House sendiri yang menjemputnya mereka sekeluarga untuk menjamu selera di situ. 


Mungkin cara itu Allah SWT mahu menunjukkan keajaiban kuasaNya pada pihak yang dizalimi dengan maki hamun di bulan yang mulia ini.

Namun Kedahnews.com tidak pasti sama ada restoran ekslusif terkenal itu ada menjemput Haji Azwan atau tidak. -Kedahnews.com