Hishamuddin Nafi Letak Jawatan Menteri Pertahanan @HishammuddinH2O


ALOR SETAR - Susulan dari khabar angin perletakkan jawatan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bertiup kencang kira-kira dua hari lalu, ia jelas hanyalah merupakan salah faham.

Dalam kenyataan terbarunya di ruangan sosial sama, Hishammuddin yang menggunakan akaun @HishammuddinH20 menjawab persoalan beberapa pengikutnya dengan menafikan perkara itu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sembrong turut berkata, status yang dimuat naiknya pada 1 Jun lalu telah "diputar-belit secara negatif oleh pihak tidak bertanggungjawab" sehingga pelbagai spekulasi timbul.


Isnin lalu, Hishammuddin dikatakan telah mengejutkan ramai pihak apabila dikhabarkan bakal meletak jawatan setelah Perdana Menteri membuat usul berkenaan untuk ahli kabinet yang tidak memberi sokongan kepada pemulihan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).