Apakah hukum seseorang memotong dan menipiskan bulu kening dengan tujuan untuk mengemaskan bulu kening yang berselerak. Apakah hukumnya tetap haram?
- Aqila, Perak.
UKE: Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum Hawa ialah kening.
Dari zaman Nabi Muhammad SAW lagi telah ada persoalan ini, sehingga ada hadis-hadis Rasulullah SAW yang menjelaskan hukumnya.
Menghilangkan bulu alis (termasuk menggunakan rambut palsu dan tatu) termasuk salah satu dosa besar, kerana Rasulullah SAW bersabda:
“Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang membuat tatu dan dibuatkan tatu.” (Hadis riwayat Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)
Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan.
Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada bagi wanita bersuami atau tidak.
Sumber: Utusan