ALOR SETAR - Mungkin bersempena kemuliaan dan kesucian Ramadhan ini, Emirah Arab Bersatu (UAE) telah melaksanakan
satu undang-undang baru di mana rakyat mereka akan dikenakan denda
sekiranya mencarut di dalam aplikasi permesejan Whatsapp.
Denda sehingga Dh250,000 (RM255,000) bakal dikenakan jika seorang
individu didapati bersalah dan sekiranya bukan merupakan warganegara
UAE, individu tersebut akan diusir keluar dari negara timur tengah itu.
Difahamkan bahawa undang-undang baru itu digubal selepas berlakunya kes seorang warga
UAE dikenakan hukuman denda Dh3000 kerana mencarut menggunakan aplikasi
pemesejan WhatsApp.
Pihak pendakwaraya merayu kepada hakim bahawa hukuman denda yang
dikenakan tidak cukup tinggi bagi mengelakkan kejadian mencarut di atas
talian seperti ini dilakukan di masa hadapan.
Hukuman mencecah suku juta ringgit ini diharap dapat membuatkan
penduduk UAE untuk befikir dua kali sebelum menggunakan kata-kata kesat
di atas talian.
Pada pendapat anda, adakah hukuman denda yang dikenakan ini munasabah?
Sekiranya kerajaan di Malaysia mengambil langkah yang sama adakah ianya wajar disokong? -Kedahnews.com