Di zaman serba Facebook ini, boleh dikatakan kita mampu melihat dengan mudah "pakar-pakar" ekonomi, agama, intan permata, penerbangan, kapal terbang, jurutera, doktor pakar dan macam-macam "pakar" lagilah.
Kalau negara sedang hangat berbicara tentang kapal terbang, maka semua "pakar ekonomi" "pakar intan permata", "pakar fatwa agama" dan lain-lain akan tiba-tiba bertukar menjadi "pakar kapal terbang" hinggalah skru di tayar pesawat pun mereka tahu!
"Pakar"lah katakan...
Namun peliknya, bila mereka yang benar-benar pakar tentang sesuatu bidang itu menyuarakan pandangan berdasarkan ilmu kepakaran dan pengalamannya yang berkait rapat dengan isu yang sedang berlaku, tidak pula kita percaya padanya, kan?
Dibawah merupakan pandangan Saiful Bahari Baharom, seorang pakar profesional ekonomi yang pernah menjawat jawatan Pegawai Khas Menteri dan juga merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif di International Business and Financial Centre of Malaysia.
Ikuti tulisan beliau di bawah tentang hutang dan prestasi kewangan semasa negara yang dikatakan "teruk", "terlalu tinggi" dan "hampir muflis"; -Kedahnews.com
Saya dah jemu mendengar penyokong pembangkang tak habis-habis cerita hutang negara tinggi.Adakah mereka tahu mengapa hutang negara naik?Pertama, kita semua kena faham besar kecil hutang negara di ukur bukan dari segi jumlah mutlaknya (RM30 bilion, RM1,3 bilion sebagainya) tetapi secara peratusan keluaran dalaman negara kasar (KDNK atau jumlah dalam nilai ringgit semua aktiviti ekonomi dalam negara. KDNK di gunakan seluruh dunia untuk mengukur kekayaan sesebuah negara secara mudah).Mengapa di ukur begini? Seperti hutang orang seperseorangan, kalau di ukur hutang orang kaya, beban RM10,000 tidak bermakna baginya, jika di bandingkan hutang RM10,000 oleh seoramg berpendapatan rendah. Jadi, kita ambil peratusan jumlah hutang seseorang itu dari pendapatan tahunan orang tersebut.Ok, pertama kita tenguk macam mana corak naik-turun peratusan hutang negara kita.2005 = 42.7%2006 = 41.4%2007 = 41.2%2008 = 41.2%2009 = 52.8%2010 = 53.5%2011 = 54.3%2012 = 55.9%2013 = 58.1%2014 = 56.3%Kita lihat peratusan hutang melompat tinggi pada tahun 2009, tahun pertama DS Najib memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.Apa jadi pada tahun 2009?Pada tahun 2008, krisis kewangan global yang terbit dari USA, UK dan Kesatuan Eropah telah mencetuskan krisis ekonomi sedunia.Aktiviti ekonomi sedunia tergencat dan kegawatan ekonomi berlaku (definasi “gawat" KDNK bukan berkembang tetapi mengecut).Untuk mengelakkan kegawatan ini tidak berpanjangan, hampir semua negara-negara di dunia menjalankan pakej ransangan ekonomi di mana kerajaan membelanjakan duit untuk membiayai aktiviti-aktiviti ekonomi.Di Malaysia, di bawah Pak Lah, pakej ransangan pertama berjumlah RM7.0 bilion di jalankan tetapi ianya terlalu kecil untuk memberi impak untuk meransang ekonomi negara.Apabila DS Najib menjadi Perdana Menteri, beliau memngumumkan pakej bernilai RM60.0 bilion. Inilah sebabnya hutang negara naik dari 41.2% kepada 52.8% pada tahun 2009.Adakah Malaysia sahaja yang mengadakan pakej ransangan?Tidak. Umpamanya, dua-puluh dari ekonomi terbesar di dunia membelanjakan sejumlah RM2.3 trillion untuk pakej-pakej mereka.Adakah pakej ransangan ini berjaya?Pertumbuhan ekonomi Malaysia sebelum gawat, semasa gawat dan selepas pakej ransangan di jalankan adalah seperti berikut:-2006 = 5.6%2007 = 6.3%2008 (gawat bermula) = 4.4%2009 (semasa gawat) = negatif 1.5% (ekonomi mengecut 1.5%)2010 (selepas pakej ransangan) = 7.4%Tanpa pakej ini, tanpa menanggung hutang ini, ekonomi negara akan terus merana dan sudah pastinya pada tahun 2010, 2011 dan kemungkinan besar, tahun-tahun berikutnya, Malaysia masih dalam kegawatan.Siapa yang sebenarnya yang menerima manafaat dari pakej ransangan ini, pakej yang menyelamatkan ekonomi negara dari kegawatan yang berterusan?Jawapannya: Sektor awam, syarikat-syarikat, usahawan-usahawan dan ahli-ahli perniagaan besar mahupun kecil, dan yang paling runcing, ahli-ahli perniagaan yang tinggi hutangnya.Saya berani menyatakan di sini Kerajaan sanggup menanggung bebanan hutang tinggi ini kerana tidak mahu sektor awam dan perniagaan-perniagaan negara pula mengambil hutang jika kiranya kegawatan berterusan dan ahli-ahli perniagaan akan merosot businessnya. Lagi lama merosot, lagi susah nak hidupkan balik.Sebab itu saya berkata, penyokong pembangkang, terutamanya businessman di negara ini, banyak yang tidak sedarkan diri, mengenang budi.