SUNGAI PETANI – Pencarian anak sulung yang dikatakan hilang sejak Isnin
lalu berakhir apabila ditemui lemas pada hari pertama Ramadan, kelmarin.
Mangsa, Muhammad Akmal Rizal Abdullah, 14, ditemui lemas di Sungai Merbok, Bedong kira-kira jam 8 pagi.
Ibu mangsa, Nor Hayati Zakaria, 38, berkata, biarpun berita yang diterima amat mengejutkannya dan keluarga, namun dia tetap reda dengan ketentuan ALLAH SWT.
Menurutnya, hari pertama puasa tahun ini memberi kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayatnya apabila mendapat tahu anak sulung dari empat beradik yang hilang ditemui lemas.
“Saya bimbang apabila dia tidak pulang ke rumah sejak Isnin dan mula bertanyakan guru dan pihak sekolah tentang kehadiran.
“Namun dimaklumkan anak saya tidak masuk kelas membuatkan saya rasa tidak sedap hati,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani semalam.
Menurutnya, laporan polis juga dibuat setelah anaknya tidak pulang keesokan hari sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan ahli keluarga.
Bagaimanapun, terdapat maklumat mengatakan kemungkinan mangsa terjatuh ke dalam sungai berdekatan.
“Pagi ini (semalam) apabila saya sampai ke lokasi kejadian dan dimaklumkan anak saya ditemui lemas,” katanya.
Nor Hayati bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan kesedihan memandangkan tahun ini tidak dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama anak sulungnya.
Katanya, Muhammad Akmal Rizal merupakan seorang anak yang pendiam dan tidak menyedari sebarang perubahan memandangkan dia memang jarang bercakap.
Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Mohd Asyraf Tholibon berkata, maklumat diterima pada jam 7.25 malam kelmarin melibatkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani.
“Mangsa kemudian ditemui jam 8 pagi tadi (semalam) berdekatan perangkap sampah semasa operasi mencari mangsa dilakukan bersama penduduk sekitar dekat Lubuk 18, Sungai Merbok di Bedong, Kedah,” katanya.
Difahamkan, jarak mangsa ditemui ialah lima kilometer daripada dia dipercayai terjatuh.
Mayat kemudian dihantar ke HSAH untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bedong.

Sumber: Sinar Harian