Jakarta - Ibu penyanyi seksi, Julia Perez tidak merestui anaknya menjalinkan hubungan dengan bintang bola sepak Indonesia, Mukhlis selepas gagal dalam percintaannya dengan seorang lagi pemain bola sepak sebelum ini.
Sri Wulansih berkata, dia pernah dikecewakan oleh pemain bola sepak dan tidak mahu perkara itu berlaku lagi kepada anaknya itu.
Julia Perez atau lebih dikenali sebagai Jupe pernah menjalinkan hubungan dengan pemain bola sepak, Gaston Castano sebelum dikaitkan dengan Mukhlis baru-baru ini.
“Jupe seorang yang kuat bekerja dan dia harus mencari pasangan yang kuat bekerja juga,” katanya.
Ujarnya Sri, dia mahu Jupe mencari bakal suami yang bukan sahaja rajin tetapi mampu menjaga anaknya dengan baik.
Menurutnya, sebelum ini Jupe terlalu memanjakan kekasihnya tetapi lelaki itu tidak pernah memanjakan anaknya dan malah meninggalkannya.
“Saya mahu kekasih Jupe memahami dirinya dan jangan anak saya sahaja yang terlalu memberi perhatian kepadanya,” jelasnya.
Tambahnya, Jupe mula menerima nasihatnya itu dan mencari kekasih yang benar-benar memahaminya.
“Ketika ini Jupe mencari lelaki yang memahami dirinya.
“Jupe bukan sahaja berjuang untuk dirinya sendiri tetapi untuk adik beradiknya,” katanya. - Agensi