Osmah menunjukkan bekas yang digunakan untuk menyimpan air. |
KULIM - Seorang ibu tunggal, di sini buntu memikirkan bil air rumahnya
yang sentiasa tinggi setiap bulan hingga mencecah ratusan ringgit.
Osmah Ariffin, 55, berkata, setiap bulan bil air yang diterimanya mencecah sehingga RM100 dan kadangkala melebihi jumlah tersebut.
Menurutnya, masalah ini tidak sepatutnya berlaku kerana dia hanya menggunakan air ketika waktu malam kerana pada waktu siang tiada bekalan air di rumahnya.
“Sudah lama saya bersabar, saya juga telah memanggil pihak bertanggungjawab untuk memeriksa masalah ini.
"Namun sampai sekarang bil air masih tinggi dan tidak wajar dengan kadar penggunaan saya yang hanya untuk mencuci baju, mandi dan memasak,.
“Saya bukannya guna untuk kedai makan, jiran-jiran juga terkejut dengan bil air rumah saya,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, masalah ketiadaan air yang dihadapinya sejak berbelas tahun lalu juga menyukarkannya untuk mengadakan sebarang majlis terutama kenduri-kendara.
"Dalam rumah saya penuh besen dan tong yang digunakan untuk menadah air.
"Jika saya mengadakan kenduri, saya terpaksa mengambil air dari rumah jiran," katanya.

Sumber: Sinar Harian