Zulhairy (kiri) melawat Na Hasinah sempena program Sinar Kasih Ramadan. |
KUALA KETIL – Seorang ibu tunggal di sini, nekad mengambil upah mengurut
bagi membesarkan tiga anaknya termasuk seorang yang berstatus orang
kurang upaya (OKU).
Na Hasinah Lateh, 51, dari Jalan Pengkalan, Kampung Pekan Lama Kuala Ketil berkata, sekiranya ada permintaan, dia akan ke rumah pelanggan untuk mengurut.
"Dengan wang hasil mengambil upah mengurut inilah saya gunakan untuk membesarkan anak-anak saya.
"Walaupun upah mengurut tidak banyak, saya terpaksa juga melakukannya kerana saya tidak mempunyai kemahiran lain," katanya.
Menurutnya, disebabkan masalah kewangan yang dihadapinya, bayaran rumah sewa juga sudah banyak tertunggak.
"Saya bernasib baik kerana pemilik rumah ini tidak menghalau kami dan membenarkan kami berteduh di sini," katanya ketika kunjungan Sinar Harian bersama Yayasan Basmi Kemiskinan ke rumahnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Basmi Kemiskinan, Zulhairy Jalaluddin berkata, setiap kali Ramadan, pihaknya akan memilih keluarga yang berada bawah paras kemiskinan untuk diberikan bantuan melalui program Sinar Kasih Ramadan termasuk keluarga Na Hasinah.
“Bantuan yang kita sampaikan berupa wang tunai sejumlah RM560.
"Tahun ini sudah 106 keluarga dipilih untuk menerima bantuan dan kita sasarkan 200 keluarga akan diberi bantuan," katanya.

Sumber: Sinar Harian