KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk
Seri Idris Jala menempelak Bloomberg berhubung artikel baru-baru ini
oleh kolumnisnya, William Pesek.
Dalam surat terbuka kepada penyedia maklumat kewangan dan perniagaan
itu, Idris berkata luahan terkini Pesek, "Malaysia Gets a Dose of Real
Talk", konsisten dengan siri artikel yang mengkritik Malaysia dan
kepimpinannya.
"Dalam komentari di Bloomberg View, beliau mula dengan merujuk kepada
masalah ekonomi asas dan pertumbuhan perlahan yang berterusan, yang
katanya disebabkan dasar-dasar berasaskan kaum yang menyekat inovasi,
mengutamakan kronidan menolak syarikat-syarikat multinasional.
"Hakikatnya, bagaimanapun, antara 2009 dan 2014, Pendapatan Negara Kasar Malaysia berkembang sebanyak 47.7 peratus.
Pertumbuhan pada tahun lepas padaenam peratus, dan dalam tempoh empat
tahun akan datang, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi
mengunjurkan Malaysia akan menikmati pertumbuhan tahunan 5.6 peratus,"
katanya Idris berkata adalah tidak munasabah untuk menyifatkannya
sebagai 'perlahan' dan sebaliknya, majalah The Economist melaporkan pada
bulan lepas bahawa Suruhanjaya Eropah mengunjurkan pertumbuhan pada
2015 sebanyak 1.5 peratus, yang akan menjadi pencapaian terbaik zon euro
sejak 2011.
"Kadar pertumbuhan hampir empat kali ganda dan beberapa negara paling maju di dunia tidak menyatakan 'masalah'," katanya.
Beliau juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah
melancarkan Program Transformasi Ekonomi pada 2010 dan menekankan
beberapa pencapaian utama, termasuk hakikat bahawa dalam tempoh lima
tahun lepas, pertumbuhan pelaburan tahunan 2.5 kali lebih daripada
tahun-tahun sebelumnya.
"Setiap tahun, jumlah pelaburan mencecah rekod baharu bagi
Malaysia.Sebahagian besar pelaburan ini adalah daripada sektor swasta.
Jika sektor swastatidak mempunyai keyakinan pada Malaysia seperti
didakwa oleh Pesek, mengapamereka memasukkan rekod pelaburan tahun ke
tahun di bawah pentadbiran Najib?," katanya.
Beliau juga berkata pembaharuan fiskal negara berjaya
dilaksanakan,mengurangkan defisit fiskal Malaysia bagi tempoh lima tahun
lepas, manakala memastikan hutang awam hanya pada 53 peratus daripada
keluaran dalam negara kasar.
"Tahap hutang awam ini jauh lebih rendah berbanding di kebanyakan
negara,seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jepun dan
Singapura.
"Ketiga, seperti dinyatakan dalam Laporan Prospek Ekonomi Global Bank
Dunia 2014, usaha Malaysia untuk mengurangkan kemiskinan telah mencatat
kejayaan besar, hampir menghapuskan kemiskinan mutlak kepada kurang
daripada satu peratus.
"Sejak 2009, kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah
meningkat dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 12
peratus, lebih tinggi berbanding purata negara sebanyak lapan peratus.
Inflasi dipastikan pada hanya 2.4 peratus dan melalui pelaksanaan
undang-undang gaji minimum, kami telah mengeluarkan 2.9 juta orang
daripada kemiskinan mutlak dengan segera.
"Keempat, kami menyentuh kehidupan lima juta orang melalui jalan luar
bandar, projek air dan elektrik. Ini merupakan kemungkinan perbelanjaan
kerajaan yang terbesar dalam tempoh lima tahun dalam sejarah Malaysia.
Semua inidilakukan atas nama pembangunan ekonomi yang inklusif,"
katanya.
Idris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan
Pelaksanaan (Pemandu), terus menyangkal apa yang disebut sebagai
gambaran negatif yang dinyatakan oleh Pesek.
Mengenai turun naik ringgit, Idris mencadangkan kolumnis itu berbincang
dengan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, antara gabenor bank pusat yang paling
dikagumi di dunia.
Beliau berkata Zeti telah berulang kali menyatakan bahawa ringgit
terkurang nilai dan apabila harga minyak turun, persepsi yang salah
terhadap tahap pergantungan ekonomi Malaysia kepada sektor minyak dan
gas, telah menyebabkan pasaran berpendapat Malaysia akan lebih terjejas
berbanding yang lain.
"Sudah tentu ringgit terkurang nilai. Ia tidak mencerminkan nilai-nilai
asaskami, yang teguh dan kukuh," Idris memetik Zeti sebagai berkata
baru-baru ini.
Mengenai perkara lain yang dinyatakan Pesek iaitu Najib "meningkatkan
pergantungan ekonomi ke atas pengeluaran minyak dan gas", beliau berkata
Dana Kewangan Antarabangsa mempercayai sebaliknya.
"Tajuk bagi laporan 'Economic Health Check' pada Mac ini ialah,
'Favorable Prospects for Malaysia’s Diversified Economy'," katanya.
Menurut Idris, pendapat Pesek seolah-olah tidak mempunyai kaitan yang kukuh dengan fakta.
"Beliau memberikan agenda sebenar beliau apabila menulis wartawan yang
berpangkalan di Asia merasai kehilangan Tun Dr Mahathir Mohamad sejak
bekas perdana menteri itu melepaskan jawatan pada 2003 dan menyarankan
kepimpinan politik lama segera dikembalikan.
"Ia mungkin nostalgia untuk masa lalu dan jarak beliau dari Malaysia
telah mengaburi penilaiannya, dan menyebabkan beliau menulis selaran
tidak berasas keatas perdana menteri ketika ini dalam usaha mengambil
hati Mahathir.
"Beliau kelihatannya seperti telah menukar fikiran mengenai bekas
perdana menteri itu. Baru tahun lepas, beliau menulis bahawa sistem yang
sempit dan dimanipulasi juri berkaitan dengan tindakan tegas, juara
negara dan subsidi lumayan yang didukung Mahathir, yang menghalang
kemajuan ekonomi," katanya.
Idris berkata Pesek kemudiannya membuat kesimpulan bahawa rakyat
Malaysia perlu mencari inspirasi baharu dengan melihat ke hadapan,
bukannya kembali kepada 1990.
"Kami bersetuju. Mengapa beliau kini berasakan kita perlu melihat
kembali kepada sistem yang beliau gambarkan dengan cara merendahkan pada
tahun lepas?,"katanya.
Idris berkata Malaysia telah melalui transformasi ekonomi yang
mengagumkan di bawah Najib dan negara berada pada landasan untuk
mencapai matlamat status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Dalam nada tegas, Idris berkata jika Pesek tidak bersetuju dengan
mana-mana di atas, beliau mungkin, perlu berbincang dengan editor-editor
beliau.
"Bagaimanapun, laporan telah dikeluarkan, oleh tidak lain dan tidak bukan, Bloomberg," katanya. -BERNAMA