ALOR SETAR - Sebuah tapak pembinaan di Changlun, di sini, yang dikesan
menggunakan khidmat tenaga kerja warga asing diserbu dalam ‘Ops Sapu'
kira-kira jam 4.15 petang, kelmarin.
Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, seramai 25 pegawai terbabit dalam operasi yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Yusrazif Wan Yusoh itu.
"Seramai 35 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar tapak pembinaan Taman Teja, termasuk rumah kongsi di kawasan itu.
"Menerusi pemeriksaan yang dijalankan, 28 pendatang asing tanpa izin (Pati) berusia antara 20 hingga 45 tahun dari pelbagai negara ditahan," katanya.
Menurutnya, 12 Pati masing-masing dari Myanmar dan Indonesia serta empat warga Bangladesh di tahan dalam operasi berkenaan.
Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, seramai 25 pegawai terbabit dalam operasi yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Yusrazif Wan Yusoh itu.
"Seramai 35 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar tapak pembinaan Taman Teja, termasuk rumah kongsi di kawasan itu.
"Menerusi pemeriksaan yang dijalankan, 28 pendatang asing tanpa izin (Pati) berusia antara 20 hingga 45 tahun dari pelbagai negara ditahan," katanya.
Antara Pati yang berjaya ditahan dalam Ops Sapu berkenaan. |
"11 daripada warga Myanmar, tiga dari Indonesia dan seorang lelaki Bangladesh ditahan atas kesalahan tiada dokumen perjalanan.
"Sementara itu, sembilan lelaki Indonesia, tiga Bangladesh dan seorang warga Myanmar ditahan kerana kesalahan melanggar syarat pas," katanya.

Sumber: Sinar Harian