Bertindak atas maklumat, Jabatan Imigresen Kedah diketuai Penolong
Pengarah Imigresen Nar Azaman Ibrahim bersama 20 pegawai Imigresen
melakukan dua operasi penguatkuasaan di beberapa lokasi sekitar Alor
Setar, Changloon dan Jitra.
Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, kira-kira 20
Pati berusia antara 20 hingga 40 tahun turut ditahan dalam operasi
berkenaan.
“Dalam Ops Pintu di Taman Derga Jaya, Jalan Datuk Kumbar, di sini,
lapan warga Myanmar termasuk seorang wanita disyaki pelindung Pati
ditahan.
“Beberapa Pati, termasuk lapan warga India, masing-masing seorang
Myanmar dan Sri Lanka serta majikan warga tempatan ditahan di premis
restoran di Changloon,” katanya.
Menurutnya, seorang lelaki Pakistan turut ditahan dalam Ops Pintu di
lokasi serbuan pertama di Kampung Tanah Merah Dalam, Jitra.
"Seorang lelaki warga tempatan dan wanita Myanmar turut ditahan disyaki
melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56 (1) Akta Imigresen 1959/63
kerana melindungi warga asing.
"Pada masa sama, lapan warga Myanmar dan seorang lelaki Pakistan ditahan kerana didapati tiada dokumen perjalanan sah.
"Selebihnya lapan lelaki India dan seorang warga Sri Lanka ditahan
kerana kesalahan melanggar syarat pas dikeluarkan mengikut Per.39(b)
Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.
Sumber: Sinar Harian