ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 18 pendatang asing tanpa
izin pelbagai warganegara dalam tiga operasi berasingan di beberapa
lokasi di sekitar Sungai Petani, semalam.
Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata, dalam 'Ops Mahir', 'Ops Pintu' dan 'Ops Sapu' di enam lokasi sekitar Sungai Petani, anggota Imigresen menahan dua lelaki India, seorang lelaki Sri Lanka, seorang lelaki Myanmar, seorang lelaki Bangladesh dan 13 wanita Indonesia.
"Dalam operasi bermula 11.50 pagi itu, pemeriksaan dilakukan terhadap 33 warga asing pelbagai warganegara dan menahan 18 daripada mereka yang berumur 21 hingga 45 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kesemua mereka ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Per. 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
Mohamad Yusri berkata kesemua warga asing yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen Negeri, Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini untuk siasatan lanjut sebelum ditempatkan di lokap sementara Jabatan Imigresen Sungai Petani. - Bernama