Ini Wajah Ibu Tiri Dera Kanak-Kanak 5 Tahun Sampai Patah 13 Tulang?

Laporan susulan berhubung kes dera melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Rantau Panjang yang disyaki dilakukan ibu tiri mangsa, beberapa keping foto disebarkan seorang pengguna yang mendakwa imej individu tersebut merupakan si pelaku kes berkenaan.

Melalui laman Facebook milik "Sheila Khan", wanita tersebut memuat naik lima keping foto beserta kapsyen mendakwa wanita tersebut merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap derita yang ditanggung kanak-kanak dikenali sebagai ‘Yaya’.

“Nie la mak tiri durjana…Tak padan dengan rupa…Tapi hati macam iblis…
 
“Saya open this post untuk public…sapa2 nak share…silakan…skrg laki bini nie dah melarikan diri…” tulis Shiela Khan.


Walaupun ramai warga netizen memberi reaksi mengkritik wanita dalam gambar itu, namun segelintir pengguna Facebook yang lain mengharapkan agar pihak berkenaan tidak bertindak melulu dengan menuduh wanita berkenaan menjadi dalang kepada keadaan kanak-kanak malang tersebut.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum memberi reaksi berkenaan status Facebook milik Shiela Khan itu.

Melalui laporan media semalam, seorang kanak-kanak dilaporkan cedera parah apabila 13 tulangnya patah akibat didera. 

Lebih memilukan, dia dikatakan terpaksa menempuhi saat-saat malang tersebut hampir enam bulan sebelum diambil ibu kandungnya.

Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan. -Kedahnews.com