Robbi Sapinggi, wira yang terkorban dalam bencana gempa di Sabah. Gambar kredit: Amazing Borneo |
MALIM GUNUNG, Robbi Sapinggi yang terkorban dalam gempa bumi Gunung Kinabalu merupakan seorang Malim Gunung yang sering menjadi pilihan ramai pendaki dari dalam dan luar negara.
Dia yang mengambil tugas menjadi pemandu arah telah menghembuskan nafas terakhir akibat dihempap runtuhan batu susulan gempa bumi yang berukuran 6.0 pada skala richter yang berpusat 16 km dari barat laut Ranau.
Memetik Borneo Post, Robbi merupakan seorang Malim Gunung yang disanjung tinggi oleh pendaki-pendaki kerana sifatnya yang sangat mengambil berat tentang keselamatan dan keperluan pendaki yang menggunakan khidmatnya.
Dia boleh dianggap wira kerana semasa kejadian, Robbi sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan pendaki lain walaupun terkena runtuhan batu menyebabkan dia kehilangan banyak darah kerana cedera di bahagian kepala.
Di Facebook Amazing Borneo pula, walaupun dalam keadaan cedera selepas terkena batu, Robbi dilaporkan tetap mengutamakan pendaki yang menggunakan khidmatnya.
Dia dikatakan telah menggesa pendaki-pendaki yang menggunakan khidmatnya untuk terus berjalan meninggalkannya demi keselamatan mereka, sementara dirinya memilih untuk tidak meneruskan perjalanan bersama pendaki lain kerana tidak mahu menyulitkan perjalanan mereka kerana kecederan yang dialami.
Namun malangnya, ketika menunggu bantuan tiba, Robbi telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat terlalu banyak kehilangan darah.
Menurut laman berkenaan, beliau adalah merupakan seorang Malim Gunung yang sentiasa menjadi pilihan pendaki selain ramai pendaki memuji khidmat cemerlangnya dalam menjalankan tugas.
Nampaknya dialah wira sebenar di mana Robbi benar-benar menjaga keselesaan dan keselamatan pendaki-pendaki yang menggunakan khidmatnya sehingga menghembuskan nafas terakhir.
Kehilangan Robbi merupakan satu kehilangan yang amat besar bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga kepada Taman-Taman Sabah dan organisasinya.
Dia akan sentiasa menjadi wira walaupun tidak didendangkan di media. -Kedahnews.com
Dia yang mengambil tugas menjadi pemandu arah telah menghembuskan nafas terakhir akibat dihempap runtuhan batu susulan gempa bumi yang berukuran 6.0 pada skala richter yang berpusat 16 km dari barat laut Ranau.
Memetik Borneo Post, Robbi merupakan seorang Malim Gunung yang disanjung tinggi oleh pendaki-pendaki kerana sifatnya yang sangat mengambil berat tentang keselamatan dan keperluan pendaki yang menggunakan khidmatnya.
Dia boleh dianggap wira kerana semasa kejadian, Robbi sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan pendaki lain walaupun terkena runtuhan batu menyebabkan dia kehilangan banyak darah kerana cedera di bahagian kepala.
Di Facebook Amazing Borneo pula, walaupun dalam keadaan cedera selepas terkena batu, Robbi dilaporkan tetap mengutamakan pendaki yang menggunakan khidmatnya.
Gambar kredit: Amazing Borneo |
Namun malangnya, ketika menunggu bantuan tiba, Robbi telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat terlalu banyak kehilangan darah.
Menurut laman berkenaan, beliau adalah merupakan seorang Malim Gunung yang sentiasa menjadi pilihan pendaki selain ramai pendaki memuji khidmat cemerlangnya dalam menjalankan tugas.
Robbi meninggalkan seorang balu dan bayi berusia 6 bulan. Gambar kredit: Amazing Borneo |