Puteri Sarah |
TERSENYUM kami melihat perubahan hidup pelakon Puteri Sarah yang
mengakui dirinya lebih tenang dan bahagia sejak berumah tangga bersama
pengarah terkenal, Syamsul Yusof.
Bagi yang tertanya-tanya tentang penglibatan seninya kini, Puteri
Sarah atau mesra disapa Sarah akui memilih untuk mengurangkan dunia
lakonannya kerana sibuk dengan bisnes yang diceburi selain, menjalankan
tugas sebagai seorang isteri.
Sarah berkata, perubahan imejnya kini turut membuatkan dirinya tidak selesa untuk berlakon dengan lelaki bukan mahram.
“Memang Sarah kurangkan aktiviti berlakon sebab terikat dengan karier baru Sarah iaitu bisnes.
“Tambahan pula penampilan Sarah sekarang yang sudah bertudung jadi
Sarah sendiri tidak selesa untuk berlakon dengan bukan mahram.
“Di samping itu, berlakon juga memerlukan masa yang lebih dan jadualnya pula tidak tentu masa,” katanya.
Bercerita mengenai perkembangan hidupnya, Sarah mengakui masih dalam proses mendalami ilmu agama bersama suaminya.
“Alhamdulillah, Sarah ditemukan dengan jodoh yang mampu membimbing ke jalan Allah.
“Sokongan yang tidak berbelah bahagi daripadanya membuatkan Sarah
lebih kuat untuk terus istiqamah dalam penghijrahan untuk menjadi
seorang Muslimah sejati,” ujarnya.
Sarah kini sibuk menguruskan jenama pakaian Muslimahnya sendiri iaitu SHARA by Puteri Sarah.
Sumber: Mynewshub.cc