Kadar Fitrah Di Sabah Ditetap RM7


KOTA KINABALU – Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) menetapkan kadar zakat fitrah di negeri ini tahun ini sebanyak RM7.00.

Pengerusi Muis, Datuk Mohd Suhaili Said berkata, kadar itu bersamaan 2.7 kilogram beras.

Beliau berkata pihaknya menyasar kutipan zakat fitrah RM8.8 juta berbanding RM8.67 juta tahun lepas.

Muis telah melantik 1,911 wakil amil serta 36 ketua amil untuk memungut zakat kali ini, katanya.

Mohd Said menasihatkan umat Islam agar membayar zakat kepada amil yang dilantik Muis bagi mengelak penyelewengan.

Sementara itu beliau berkata Muis menyasar kutipan kesemua jenis zakat bernilai RM55.4 juta tahun ini berbanding RM44.1 juta yang dikutip tahun lepas.

Sempena bulan Ramadan ini, Muis akan mengagih wang zakat berjumlah RM8.2 juta kepada 40,586 golongan asnaf, katanya dan menambah dana zakat yang telah diagihkan sepanjang Januari hingga Mei tahun ini adalah sebanyak RM24.2 juta. – BERNAMA