"Kalau Berlaku Mafsadah, Kita Kena Rujuk Al-Quran" - Dr Haron Din

Mursyidul AM PAS, Datuk Dr Haron Din
ALOR SETAR - Mursyidul AM PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, tahaluf siyasi atau kerjasama politik diputuskan sebagai wasilah (jalan baik) untuk memastikan nilai, dasar dan hukum Islam ditegakkan demi keredaan Allah S.W.T.

Beliau berkata, kerjasama perlu mendorong kepada maslahah iaitu kebaikan dan bukannya mafsadah iaitu keburukan, sebagai contoh permusuhan, kritikan yang memporak-perandakan parti serta campur tangan pihak tertentu.

Talafuf siyasi bukan janji. Tahaluf sekarang ini adalah tahaluf siyasi ta’awun lil-maslahah (kerjasama politik untuk mendapat kebaikan).

“Jika tidak ada maslahah, faham-faham sajalah," katanya yang dipetik dari portal Malaysiakini.

Dr Haron Din yang berucap di dalam ucapan perasmian Dewan Ulama PAS di Gombak, Selangor yang berlangsung pagi tadi turut menegaskan PAS perlu kembali merujuk kepada Al-Quran sekiranya berlaku mafsadah dalam parti.

“Kalau ada maslahah kita pakai, Kalau berlaku mafsadah seperti permusuhan, kritikan pecah belah, kritikan, campur tangan, kita kena rujuk kepada Al-Quran,” tegasnya.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar ahli PAS, termasuk Ahli Syura dan ulama PAS yang menyayangi parti itu untuk sama-sama memperkukuhkannya.

“Oleh itu saya menggesa ahli, ahli syura dan ulama PAS yang menyayanyi PAS beriltizam untuk mempertahankan PAS di tengah-tengah tentangan segenap penjuru,” kata beliau. - Kedahnews.com