KUALA NERANG - Seorang bayi berusia enam bulan di sini kini hidup
bertemankan wayar akibat mengalami masalah kesihatan kronik sejak
dilahirkan.
Bayi malang, Muhammad Rayyan Mohd Yazid yang disahkan menghadapi masalah jantung dan pernafasan kini menjadi penghuni di Wad Separa Kritikal (Pediatrik) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak dia berusia sebulan.
Ibu bapa bayi berkenaan, Annur Syakirah Mahazir, 19, dan suaminya, Mohd Yazid Lazim, 24, dari Kampung Padang Gelanggang di sini hanya mampu berharap agar anak mereka sembuh seperti bayi lain.
Annur Syakirah berkata, doktor telah mengesahkan anaknya itu mengalami masalah jantung berlubang, saluran pernafasan sempit dan tiada injap dalam saluran pernafasan.
Menurutnya, di sebabkan masalah itu, Rayyan sering mengalami masalah kekurangan oksigen kerana tidak dapat bernafas dengan baik sehingga terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan setiap masa.
"Selain dari itu, paru-paru Rayyan juga disahkan sudah rosak kerana dia terpaksa bergantung sepenuhnya menggunakan mesin bantuan pernafasan itu,” katanya ketika ditemui di HSB semalam.
Annur Syakirah berkata, dia dan suaminya pernah berasa buntu untuk menyediakan kos pembedahan saluran pernafasan anaknya di Institut Jantung Negara (IJN) sebanyak RM21,000 Mac lalu.
Jelasnya, mereka bernasib baik apabila menerima sumbangan orang ramai RM22,000 selepas seorang kenalan menyiarkan kisah anaknya menerusi Facebook.
"Bagaimanapun, Rayyan dijangka akan menjalani dua lagi pembedahan pada usia setahun dan tiga tahun selain terpaksa membeli mesin bantuan pernafasan jika dibenarkan pulang.
"Kos perbelanjaan itu merisaukan kami kerana kerana suami saya hanya bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan RM800 sebulan dan kini setiap bulan kami terpaksa memperuntukkan sebanyak RM500 bagi membeli kain lampin buang dan susu khas untuknya," katanya.
Annur Syakirah berkata, kadangkala mereka terpaksa berhutang untuk datang ke hospital.
Bagi yang ingin membantu, hubungi Annur Syakirah di talian 0194070530 atau mendermakan terus ke akuan CIMB Annur Syakirah 7057753680.

Sumber: Sinar Harian