Kasihan... Jika Tidak Mahu Anak Kita Begini, Sila Pakai "Seat Belt"!

Sekeping gambar yang memaparkan seorang anggota polis di Amerika Syarikat (AS) sedang mengalih perhatian seorang kanak-kanak perempuan dari kejadian malang yang menimpa keluarganya telah mendapat perhatian orang ramai di seluruh dunia.

Menurut sumber, bapa kepada anak kecil ini telah terkorban dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan ahli keluarga mereka pada Khamis di Brighton, Colorado, baru-baru ini.

Media tempatan melaporkan bahawa ahli keluarganya yang lain hanya mengalami kecederaan dan mereka dipercayai dalam perjalanan dari Illinois untuk bercuti di Colorado.

Saksi kejadian menjelaskan bahawa tayar belakang di sebelah kiri kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki keluarga berkenaan tiba-tiba meletup dan menyebabkan pemandunya hilang kawalan.

Lima daripada enam ahli keluarga itu dikatakan telah tercampak keluar dari kenderaan SUV tersebut selepas berpusing beberapa kali sebelum terbalik.

heroic-police-officer-distracts-child-car-accident-22

Polis percaya tiada seorang daripada mereka yang memakai tali pinggang keselamatan atau berada di tempat duduk kereta kecuali seorang kanak-kanak yang tinggal dalam kereta malang tersebut.

Justeru, seorang anggota polis tempatan segera mendukung budak kecil itu dan menunjukkan suasana sekeliling sebagai usaha mengalih tumpuan mangsa yang terselamat daripada menangis dan trauma seumur hidupnya.

Gambar dirakamkan ini menjadi sensasi menerusi laman sosial dan ramai netizen menyatakan simpati terhadap anak kecil itu jika dia mengetahui insan tersayang sebenarnya sudah pun terkorban dalam nahas tersebut.

heroic-police-officer-distracts-child-car-accident-32

"Memakai tali pinggang keselamatan mampu selamatkan nyawa anda. Ramai sangka mereka tidak perlu pakai tali pinggang keselamatan kerana hanya mahu pergi ke kedai berdekatab," kata Sam Cole dari Jabatan Pengangkutan Colorado yang dipetik dari sumber media tempatan.

Kajian mendapati bahawa 73% daripada mangsa yang terlibat kemalangan maut terselamat kerana memakai tali pinggang keselamatan. -Kedahnews.com