Saya akan menjalani pembedahan membuang katarak pada kedua-dua belah mata saya pada minggu pertama Ramadan nanti. Pembedahan ini merupakan pembedahan susulan bagi membetulkan kanta mata saya.
Pada masa ini, terdapat komplikasi pada penglihatan saya. Pembedahan tersebut terpaksa dibuat semasa Ramadan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.
Apakah pembedahan ini dan menitiskan ubat ke dalam mata dalam tempoh pemulihan akan membatalkan puasa saya?
- Dal, Bandar Baru Bangi, Selangor.
UKE: Beberapa rawatan yang perlu memasukkan sesuatu ke dalam rongga telah diputuskan oleh para fukaha kontemporari. Fatwa ini turut dikeluarkan oleh Majlis Himpunan Fiqh (fikah) Islam ke-10 yang bersidang di Jeddah, Saudi Arabia pada tarikh 23 hingga 28 Safar 1418H (bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1998M).
Kaedah rawatan moden berikut disepakati tidak bertentangan dengan hukum syarak bahawa ia tidak membatalkan puasa;
1. Ubat titis mata dan titis telinga atau pencuci telinga, dengan syarat dielak menelan hingga ke halkum
.
2. Ubat titis ke dalam hidung (nasal drops) atau semburan hidung, jika dielakkan menelan hingga ke halkum.
3. Operasi pembedahan yang menggunakan bius seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.
4. Pesakit juga tidak diberi suntikan mengandungi larutan bernutrien.
Sumber: Utusan