Keputusan Pemilihan Dewan Muslimat PAS: Nuridah Menang, Siti Zailah Tewas

Ketua Dewan Muslimat PAS bagi penggal 2015/2017, Nuridah Salleh
KETUA Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Nuridah Salleh dipilih sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS bagi penggal 2015/2017.

Nuridah menewaskan penyandang jawatan itu, Siti Zailah Mohd Yusoff dengan memperoleh 359 undi berbanding Siti Zailah yang mendapat 329 undi pada pemilihan diadakan pada Muktamar Dewan Muslimat PAS yang berlangsung di sini.

Nuridah sebelum ini, pernah dipilih sebagai Ketua Dewan Muslimat pada 2007 sebelum tewas kepada Siti Zailah empat tahun kemudian.

Sementara itu, anggota Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud turut gagal mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Dewan Muslimat apabila hanya memperoleh 274 undi berbanding Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Dr Rosni Adam yang memperoleh 414 undi.

Bagi jawatan Naib Ketua, Salamiah Mohd Noor memenangi jawatan itu apabila memperoleh 358 undi berbanding pencabarnya Mumtaz Md Nawi yang mendapat 350 undi.

Selain itu, 12 Anggota Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS yang diumumkan menang pada pemilihan kali ini adalah:

1. Dr Che Faridah Ismail
2. Dr Halimah Ali
3. Hamidah Wan Daud
4. Normala Sudirman
5. Siti Murshidah Ramly
6. Kartini Ahmad
7. Dr Uyun Abd Malek
8. Dr Uzaimah Ibrahim
9. Dr Wahibah Tahir
10. Wan Hasrina Wan Hassan
11. Dr Najihatussolehan Ahmad
12. Siti Aisyah Ghazali

Terdahulu, sebanyak 705 perwakilan layak mengundi pada pemilihan pucuk pimpinan Dewan Muslimat PAS kali ke-55 itu.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi. – BERNAMA