Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Muttalib |
MARAN – Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung kenaikan
gaji pembantu rumah Indonesia kepada RM1,200 sebulan seperti yang
dicadangkan kerajaan Indonesia.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Muttalib berkata,
perkara itu perlu diteliti dan diperhalusi setelah perbincangan dengan
pelbagai pihak yang berkaitan di negara ini dilakukan.
“Kenaikan bagi gaji pembantu rumah Indonesia itu adalah cadangan
kerajaan republik (itu), tetapi kita belum membuat sebarang keputusan
ataupun bersetuju mengenainya.
“Kita tidak akan terburu-buru melaksanakan tuntutan sedemikian kerana
kerajaan mempunyai komitmen tinggi untuk mengutamakan kebajikan pekerja
tempatan,” katanya. – BERNAMA