Kerajaan Tegas Tarif Elektrik Tidak Naik Tahun Ini

KUALA NERANG - Kerajaan mengulangi jaminan tiada kenaikan tarif elektrik pada tahun ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili.
Beliau menjelaskan walaupun di bawah sistem mekanisme ketidakseimbangan pelepasan kos bahan api (ICPT) kadar tarif perlu disemak setiap enam bulan, namun semakan itu tidak melibatkan kenaikan tarif.
Melalui ICPT, katanya semakan kadar tarif akan dibuat pada Julai depan.  
"Kalau perlu ada kenaikan kerajaan akan tanggung sebab sudah diputuskan tiada kenaikan, jadi kita tunggu selesai penilai ICPT pada bulan depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival YaHijau di sini hari ini. 
Bagaimanapun beliau meminta orang ramai berjimat dalam penggunaan tenaga dan  mengelakkan pembaziran.- Bernama